Flash


web stats

Pages

Wednesday 9 September 2015

ACARA DIBATALKAN....HARAP MAKLUM

Salam sejahtera kepada semua peserta Temerloh Agroride Jamboree 2015 yang akan diadakan pada 20 September 2015 di SK Paya Pulai Temerloh, Pahang dukacita dimaklumkan bahawa acara ini terpaksa dibatalkan.

Untuk makluman, pihak penganjur dengan kerjasama MOA telah beberapa kali mengadakan rundingan bagi mendapatkan kerjasama di antara kedua pihak khususnya yang melibatkan kewangan dan pameran pertanian. Namun begitu, oleh kerana berlaku perubahan portfolio Menteri MOA baru-baru ini, maka pihak MOA tidak dapat menyumbangkan dana tersebut untuk meneruskan acara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur akan membuat bayaran balik kepada semua peserta yang telahpun membuat bayaran sebelum ini iaitu dalam tempoh dua minggu (10-24 September 2015). Mohon pihak tuan/puan yang terlibat memberikan maklumat akaun (nama, nama bank dan no. akaun) untuk proses pembayaran balik dengan kadar segera samada melalui SMS/Whatsapp ke 010-201 7735 atau emailkan maklumat ke agroride@gmail.com .

Bagi pihak penganjur POWER ACE RESOURCES, saya memohon maaf diatas pembatalan acara tersebut. Atas sokongan yang diberikan oleh tuan/puan kepada pihak kami didahului dengan penghargaan terima kasih. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Terima kasih.

Tuesday 12 May 2015

ACARA DITUNDA PADA 20 SEPT 2015

Salam Sejahtera kepada semua peserta yang telah mendaftar bagi menyertai acara Temerloh Agro MTB Jamboree 2015.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak penganjur dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) memohon maaf atas penundaan tarikh acara yang sepatutnya dijadualkan pada 24 Mei 2015 telah ditunda kepada 20 September 2015. Penundaan tarikh tersebut adalah kerana pihak MOA dan jabatan kerajaan lain terlibat dengan program jabatan masing-masing dan memohon agar tarikh tersebut ditunda bagi meneruskan kerjasama ini.

Sehubungan dengan itu, mohon ambil maklum pendaftaran masih dibuka sehingga 21 Ogos 2015. Pendaftaran boleh dilakukan secara talian ataupun Whatsapp ke 010-201 7735. Pembayaran yuran boleh dilakukan pada atau selewat-lewatnya 21 Ogos 2015.

Atas sokongan pihak tuan/puan, kami dahului dengan penghargaan terima kasih dan pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan berhubung dengan penundaan tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Admin



Wednesday 29 April 2015

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 15 MEI 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran Temerloh Agro MTB Jamboree 2015 masih dibuka secara talian mahupun Whatsapp (010-201 7735)...

Segera mendaftar bagi peminat basikal tegar.....acara yang julung kali diadakan dengan penganjuran ekspo pertanian iaitu kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Kerajaan Negeri Pahang serta disajikan makan tengahari (kenduri orang kampung ) yang disediakan oleh 8 JKKK di Daerah Temerloh.

Jangan lepaskan peluang anda bagi merasai kelainan kayuhan kali ini dengan trail yang mencabar mental dan fizikal....Jom sertai sekarang pendaftaran masih dibuka lagi....!!!

Jumpa anda disana...disana.....

Tuesday 31 March 2015

Pemandangan Laluan Temerloh Agro MTB





Antara laluan yang bakal diharungi dalam kayuhan lasak kali ini.....kasi bakar semangat sikit.....